
Friday, December 24, 2010
The journey of a teacher

Monday, December 20, 2010
sehebat Abdullah bin Huzafah as-sahmy r.a.
Sunday, November 14, 2010
ukhuwah sweet la!..

ramai yang mengatakan perkara yang paling manis sejak join tarbiyyah adalah ukhuwah.. ukhuwah memang "sweeeeet"...
sangat sayangkan ukhuwah ini....
ada masa kita gembira bersama-sama... ada masa kita menangis bersama-sama (or mungkin sembunyi2)... ada masa kita merajuk.. ada masa kita bergaduh.. ada masa kita menjadi "sweet" to each other... ada masa kita mendiamkan diri... ada masa.... terlalu banyak la...
namun masam muka kita...gaduh kita.... merajuk kita...... nangis kita tak sama dengan ikatan persahabatan yang bukan krn Allah... kerana ukhuwah itu suatu yg lebih dari itu..
ukhuwah itu tak mampu untuk diungkapkan..sebab ia hanya dapat dirasa dengan hati yg sentiasa dekat kepada-Nya
syndrome: BFG (rindu nak gaduh!...nak berjaulah..nak berlari main layang2 bersama..)
Friday, November 12, 2010
binaan Islam

"ok..semua orang diberi 3 kali atempt untuk jatuhkan susunan 3 selipar yg ditegakkan kat hujung sana. anda kena jatuhkannya dengan selipar warna coklat ni, baling sehingga roboh "
Wednesday, October 27, 2010
tarbiyyah adalah mentari hidupku
Friday, October 22, 2010
thalidomide disaster????


i think u guys need to know at least some basic things about drug...
Monday, October 18, 2010
Terhangat di Pasaran
Amacam?
Anda berminat?
Jangan malu, jangan segan silalah hubungi contact details yang tertera di atas atau tinggalkan komen pada entry ini untuk tempahan atau sebarang kemusykilan.
Ingatlah, peluang tidak mengetuk pintu bilik anda dua kali.
Jadi jangan lepaskan promosi yang terhangat di pasaran ini.
Wednesday, October 13, 2010
tarbiyyah ini adakah tukar gantinya?

Friday, October 8, 2010
Ikhlas bagaikan Susu
Bahasa-bahasa kiasan ini biasanya kan menggunakan perkataan -perkataan seperti umpama, bagai, laksana, macam, seperti dll untuk menguatkan dan menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, gemuk macam badak. Badak digunakan di sini untuk menguatkan lagi statement gemuk itu kerana badak itu sendiri memanglah secara lahiriahnya dilahirkan sebagai haiwan yg gemuk. (hatta cucur badak pun gemuk, hihi).
Susu yang murniikhlas itu bererti kita mengkhususkan segala perbuatan kita hanya kepada Allah semata-mata dan melupakan sebarang pandangan manusia dalam setiap amal perbuatan kita. Maksudnya di sini, ikhlas itu hadir bila bila kita membuat sesuatu amalan itu hanya untuk Rabb yang maha esa, dan kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian atau takutkan makian manusia. Solely kerana Allah semata, tidak bercampur dengan tujuan-tujuan lain.
Begitu jualah susu. Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perumpamaan yg indah untuk keikhlasan.
"Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada di dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [An-Nahl:66]
Dari bahagian mana susu itu keluar dari binatang ternak? Sudah tentulah, dari tempat yang antara darah dan tahi keluar, maka keluarlah susu yang bersih lagi menyegarkan. Bahkan sangat bagus untuk manusia dan anak-anak binatang tersebut.
Pernahkah kita meminum susu dan mendapati susu yang kita minum itu bercampur dengan setitis darah mahupun tahi? Mestilah tak pernah kan....yucks! Sedangkan susu itu sendiri datangnya dari tempat yang sama dengan kedua-dua darah dan tahi, tapi tak pernah pula susu yang kita dapati itu bercampur dengan kotoran tersebut. Begitulah hebatnya ciptaan Allah dan betapa penyayangnya Allah itu memberi suatu nikmat yang cukup besar buat hamba-hamba-Nya.
Sepatutnya, macam itu jugalah amalan kita. Setiap amal yang kita lakukan itu hadir dengan niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah semata-mata. Tidak bercampur dengan anasir-anasir luar yang mengotorkan kesucian sesuatu amalan tersebut. Sedangkan Allah sendiri memberi kita susu yang murni dan tidak bercampur, maka adakah pantas bagi kita memberi-Nya amalan yang tercampur?
Mari mensucikan setiap amal perbuatan kita buat-Nya, sejernih dan semurni susu.
Wallahu'alam.
Thursday, October 7, 2010
perang jiwa
6:132. dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan.
