Wednesday, October 13, 2010

tarbiyyah ini adakah tukar gantinya?


merasai bagaimana cintanya baginda kepada dakwah ini....
walau perjuangan itu menempa sejuta halangan dan penderitaan

Namun tiada tukar gantinya dakwah ini
Di saat beliau dipulaukan.....dicaci...dimaki dan dihina
walau ada yang cuba membelinya dengan harga dunia

namun dakwah ini tiada gantinya
walau manusia yang dicintainya itu....manusia yang menemani perjuangannya...bersama ketika pahit manis naik turunnya dakwah
akhirnya mahu baginda turut akur dengan kehendak Quraisy lantaran tiada kesanggupan lagi melihat Rasul yang mulia itu jadi mainan


Menitilah dibibirnya..

"andai matahari diletakkan di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku menghentikan da’wah ini, aku tidak akan pernah berhenti sampai aku selesai menunaikannya atau aku tewas di dalamnya"


adakah hari ini... ilmu sihir itu mahu kita tukar gantinya dengan tarbiyyah Ilahi??


Friday, October 8, 2010

Ikhlas bagaikan Susu

Di saat saya terfikirkan tajuk untuk entry ini, teringat balik zaman sekolah rendah dulu bila saya belajar tentang bahasa kiasan contohnya, cantik laksana bidadari, gemuk macam badak, hitam seperti arang dll.

Bahasa-bahasa kiasan ini biasanya kan menggunakan perkataan -perkataan seperti umpama, bagai, laksana, macam, seperti dll untuk menguatkan dan menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, gemuk macam badak. Badak digunakan di sini untuk menguatkan lagi statement gemuk itu kerana badak itu sendiri memanglah secara lahiriahnya dilahirkan sebagai haiwan yg gemuk. (hatta cucur badak pun gemuk, hihi).

Ok. entry kali ni bukanlah saya buat tutorial bahasa melayu ke ape kan, tapi cuba perhatikan balik tajuk entry di atas. Ikhlas bagaikan susu. Ape kaitan susu dan ikhlas? Kalau badak memanglah jelas kepada bahawa badak itu gemuk dan arang itu hitam, tapi bagaimana pula dengan susu? Ikhlaskah susu? Bukankah ikhlas itu lahir dari hati dan susu mana ada hati kan??


Susu yang murni



Hurm... macam ni,

ikhlas itu bererti kita mengkhususkan segala perbuatan kita hanya kepada Allah semata-mata dan melupakan sebarang pandangan manusia dalam setiap amal perbuatan kita. Maksudnya di sini, ikhlas itu hadir bila bila kita membuat sesuatu amalan itu hanya untuk Rabb yang maha esa, dan kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian atau takutkan makian manusia. Solely kerana Allah semata, tidak bercampur dengan tujuan-tujuan lain.

Begitu jualah susu. Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perumpamaan yg indah untuk keikhlasan.

"Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada di dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [An-Nahl:66]

Dari bahagian mana susu itu keluar dari binatang ternak? Sudah tentulah, dari tempat yang antara darah dan tahi keluar, maka keluarlah susu yang bersih lagi menyegarkan. Bahkan sangat bagus untuk manusia dan anak-anak binatang tersebut.

Pernahkah kita meminum susu dan mendapati susu yang kita minum itu bercampur dengan setitis darah mahupun tahi? Mestilah tak pernah kan....yucks! Sedangkan susu itu sendiri datangnya dari tempat yang sama dengan kedua-dua darah dan tahi, tapi tak pernah pula susu yang kita dapati itu bercampur dengan kotoran tersebut. Begitulah hebatnya ciptaan Allah dan betapa penyayangnya Allah itu memberi suatu nikmat yang cukup besar buat hamba-hamba-Nya.

Sepatutnya, macam itu jugalah amalan kita. Setiap amal yang kita lakukan itu hadir dengan niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah semata-mata. Tidak bercampur dengan anasir-anasir luar yang mengotorkan kesucian sesuatu amalan tersebut. Sedangkan Allah sendiri memberi kita susu yang murni dan tidak bercampur, maka adakah pantas bagi kita memberi-Nya amalan yang tercampur?

Mari mensucikan setiap amal perbuatan kita buat-Nya, sejernih dan semurni susu.





Wallahu'alam.





















Thursday, October 7, 2010

perang jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم


saya tak pernah menghayati perang uhud ini sebegini....sehinggalah saya membaca sebuah buku oleh seseorang yg dijadikan icon oleh kebanyakkan manusia kita. Kehebatannya menulis siapa sahaja yang tak terpukau.....siapa sahaja yang tak berjiwa bila ditusuk dengan kata-kata yang menyegat.

Perang uhud menyaksikan umat Islam mengalami situasi-situasi yang menyedihkan.... selalunya kita melihat perang ini sebagai suatu kekalahan bagi umat Islam.....dimana ramai sahabat-sahabat yang hebat syahid di medan ini termasuklah Hamzah Asadullah, Mus'ab Umair, Anas bin Nadhir, Amr bin Jamuh, Abdullah bin Jahsyi, Hanzalah dan beberapa orang lain lagi termasuk bapa Huzaifah.

Dalam perang uhud inilah kisah umat Islam yang meninggalkan posisi demi merebut harta ramapsan perang ketika ditengah-tengah perang yang dirasakan hampir tamat itu.

Dalam perang inilah Rasulullah s.a.w mendapat luka, diserang kiri,kadan,depan dan belakang baginda di saat barisan-barisan sahabat-sahabat menjadi kucar-kacir, berselerak seakan tiada terpimpin. Apatah lagi di saat ini berita kewafatan Rasulullah menjadi pembunuh semangat-semangat sesetengah sahabat. Hati mereka tak keruan....ada yang mahu berpatah balik ke belakang disebabkan ketiadaan nabi s.a.w, pembakar semangat juang....


Namun disebalik yang terjadi sebenarnya Allah merancang suatu yang lebih besar lagi.... bukanlah kemenangan dan banyaknya harta rampasan di dalam perang itu yang penting....kerna ada kemenangan yang lebih besar yang ingin Allah ajarkan kepada kita iaitu kemenangan jiwa iaitu manfaat yg lebih besar yang mesti didahului dengan kesulitan, kesakitan dan ujian yang berat serta pahit untuk ditelan.

Uhud: Menang------>>>kalah--------------->>>kemenangan yg lebih besar


Kerna kekurangan, kelemahan, kesakitan yang mereka alami itu kerna Allah mahu menyeleksi jiwa-jiwa yang benar-benar ikhlas di jalan-Nya dan memilih barisan-barisan-Nya agar sahabat-sahabat ini disucikan dari segala kepentingan-kepentingan yang bukan berkaitan dengan-Nya.

betapa halusnya tarbiyyah Allah...subhanallah... begitu juga dengan kita.... Allah senantiasa akan menguji kita tak kira dalam apa keadaan sekalipun.... mungkin dengan kesedihan. mungkin dengan kesenangan dan sebagainya...itu semua kerna ada sesuatu yg mungkin tidak suci dr pandangan Ilahi....mungkin ada niat2 yg telah dicemari, ada hati-hati yang meragui...wallahu 'alam.


dan tidak kira apa pun ujian-Nya ketahuilah itu kerna Dia mahu kita sentiasa ingat kepada-Nya kerna kesayangan-Nya dan kecintaan-Nya kepada kita lebih dr yang kita ada untuk-Nya. Dan ujian itulah untuk Dia meninggikan darjat kita di sisinya

6:132. dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan.



Monday, October 4, 2010

forget about ourselves?? let's do some reflections!

I just wanna share a lecture from one of Quran weekly's ...

This is the time to lecture ourselves!



Wednesday, September 22, 2010

sometimes...we don't have to know the mechanisms

in chemistry, sometimes you do not need to know the mechanisms of certain reactions.... u just need to remember what is the final product(s) and what kind of other reactants involved in the process.

Because...the reality is, they are far more complicated to understand! So to make things look simple and easier (than it should be) all u need is "don't bother about things that u do not have to know"

as time goes by....and by the time where u should know it...u will know...

and this is the concept that sometimes we need to use in our lives...particularly in D&T... there are certain things that we don't have to understand too much (from zero..)...because with our own level of knowledge, experience and understanding it won't help us to undertand certain situations/events or maybe we will make things more complicated than it is...or maybe we will misunderstand the real situations.


so avoid complexity...enjoy simplicity before u have to know the reality....just do our part!

Friday, September 17, 2010

Siapakah yang lebih zalim?

kisah malam itu masih bermain-main lagi difikiranku. Melihat wanita yang kemabukkan dalam keadaan yang sungguh menyayat hatiku. Perempuan itu menangis sambil berusaha untuk bangun dari kejatuhannya. tahu sahajalah kalau dalam keadaan mabuk manusia akan hilang keseimbangan fizikal dan mentalnya.

Ya Allah alangkah beruntungnya aku dipilih sejak lahir dalam deen ini. Namun dalam pada masa yang sama aku jadi malu. Malu pada perlakuanku terhadap nikmat yang maha besar ini. wajarkah untuk terus berasa selesa begini? wajarkah untuk sudah berasa bahagia sendiri?

kitalah manusia-manusia yang kejam itu..kitalah hamba-hamba-Nya yang zalim! kerna kita tahu manusia itu sakit, kita tahu apa ubatnya bahkan kita ada ubatnya namun kita hanya diam diri kaku mati sahaja.


Andai kata manusia-manusia yang terhalang dari fitrahnya itu mati dalam keadaan mencari kebenaran boleh jadi Allah lebih menerimanya berbanding kita.....

Wednesday, September 15, 2010

Hadiah kepada si dia......





aku meletakkan beg penuh dengan buku-buku dan file ku..alhamdulillah akhirnya tamat perjuangan di kertas pada hari ini. Namun dalam hati aku hampa, masih hampa kerana merasakan tidak bersungguh-sungguhnya aku dalam menunaikan amanah ini.

sedangkan seharusnya kita bekerja, menggerakkan seluruh kemampuan seolah-olah tawakal itu tidak pernah ada. hanya hati itu yang bertawakal sepenuhnya tanpa memikirkan sebab dan akibatnya.

entah mengapa tiba-tiba Allah limpahkan suatu perasaan...perasaan untuk mencari dia. Jiwa aku jadi tak tentu arah. Selesai solat, aku bersiap rapi biar dalam keadaan yang terbaik untuk berjumpa si dia...."imej Islam itu harus di jaga" bisikku di dalam hati.

Aku melangkah ke uni semula....berjalan seakan tidak punya arah. Dalam hati aku berharap Allah pertemukan kami.... aku berjalan..ke tempat-tempat berpotensi mana tahu dia mungkin ada di situ... namun pencarianku hampa....sunyi di tempat-tempat kebiasaan itu.


aku berfikir sendirian...kalau tidak sekarang bila lagi aku akan ada kesempatan untuk memberi hadiah yang paling istimewa ini.. aku sendiri tak dapat menjamin diriku bahawa aku akan amanah dalam menjaganya...kerna aku sendiri selalu bimbang akan hilangnya ia dalam diriku.

Aku jadi resah...gusar..... ramai lagi si dia yang masih tidak tahu kewujudan hadiah ini sedangkan ia milik si dia....







Allah moga masih ada kesempatan untuk aku berkongsi anugerah yang bukan hak milikku ini.

#jom kita sudah tak punya waktu andai ini sahaja kesempatan untuk kita masih di sini.... MySpace







Saturday, September 4, 2010

Terus berusaha

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang kutahu hanya tuk diriku
Sampai hujung dunia
Akan ku terus mencari
Ya Rabb
Sampaikanku pada cinta-Mu
inspired by a song

Ramadan yg penuh barakah bersisa hanya beberapa hari sahaja lagi

Sama ada kita suka atau tidak

Sama ada kita benar-benar beramal dgn sebaik mungkin atau tidak

Sama ada kita beroleh taqwa atau tidak

Dia pasti akan meninggalkan kita

Pasti!

Maka dalam tempoh yang masih berbaki ini

Berusahalah sehabis daya

Berdoalah setulusnya

Bertawakallah dgn sebenar-benar tawakal

Moga Ramadan ini yg terbaik pernah kita lalui

Moga kita tidak menyesal bila berpisah dengannya.

Ameen.

Thursday, September 2, 2010

Trade Me

Dia bukan calang-calang orang.

Anak kesayangan seorang wanita bangsawan yang disegani masyarakat tika itu.

Segala yang ada pada dirinya adalah yang terbaik.

Baik pakaiannya, wangiannya semuanya adalah yang paling baik pernah dimiliki manusia ketika itu.

Namun, pabila 'cahaya itu' mula mencuri hatinya, dia tak mampu berpatah lagi.

Dia yakin dengan pilihannya. Namun, dia yakin pasti ada yang akan menentang cintanya itu.

Demi mempertahankan cinta itu, dia memilih untuk merahsiakannya. Tapi rahsia tak mungkin selamanya menjadi rahsia.

Kini tibalah saat paling getir dalam hidupnya. Dia dipaksa untuk memilih antara dua. Antara cinta Tuhannya atau kasih ibunya.

Berbekalkan keimanan yang tinggi, dia nekad memilih cinta Tuhannya. Maka terputuslah hubungan antara ibu dan anak.

Ketahuilah bahawa kisah cintanya itu tidak terhenti sampai di situ sahaja. Setiap cinta pasti menuntut pengorbanan. Dan demi cintanya yang agung itu, bukan sedikit pengorbanan yang ditagih.

Tiada lagi kemewahan yang mengulit segenap susuk tubuhnya dan tiada lagi hangat kasih seorang ibu menghiasi relung hatinya. Bahkan keadaan dirinya itu turut mengundang tangis dan hiba para sahabat.

Benarlah janji Allah itu, Dia takkan pernah mensia-siakan iman hambanya. Selepas mendung berarak, pelangi ceria mula menyinari hidupnya.

Pengislamannya membawa rahmat kepada jiwa-jiwa yang dahagakan kasih Tuhannya. Berkat usaha gigih dan kebijaksanaannya, cahaya Islam itu sampai kepada hati-hati yang mencari Tuhannya. Dan berkat kegigihannya jua, membuka jalan bagi suatu peradaban dunia, penubuhan sebuah negara Islam yang pertama.

Dan pengorbanannya itu jua Allah hadiahkan dengan hadiah yang takkan pernah terbanding iaitu SYAHID di jalan-nya.

Benarlah, Allah telah membeli darinya dunianya untuk akhiratnya.
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenanag yang agung." [9:111]
Dan berbahagialah insan yang bernama Mush'ab bin Umair atas jual belinya dengan Tuhan-Nya.



**************************
Di sepanjang perjalanan ini, terlalu banyak ranjau yang mendatang. Demi untuk terus berada di sini, bukan sedikit perngorbanan yang harus dilakukan. Bukan sedikit air mata yang tumpah dan terlalu banyak luka di hati. Namun percayalah, semua ini tidak sia-sia. Dia menilai setiap usaha dan janjinya itu pasti dan tiada yang lebih menepati janjinya melainkan Dia. Bersabarlah wahai hati.
-Ditujukan buat para Mujahidah yang sedang berjuang di jalan-Nya. Moga Allah merahmati usaha kita.-

sedekah.. dasyat! [copypaste]

Dahsyat Sedekah
K.H. Abdullah Gymnastiar

Dimanakah letak kedahsyatan hamba-hamba Allah yg bersedekah? Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad sebagai berikut : Tatkala Allah SWT menciptakan bumi maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptkana gunung dengan kekuatan yg telah diberikan kepada ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya? “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yg lbh kuat dari pada gunung?” Allah menjawab “Ada yaitu besi” (Kita mafhum bahwa gunung batu pun bisa menjadi rata ketika dibor dan diluluhlantakkan oleh buldozer atau sejenis yg terbuat dari besi).

Para malaikat pun kembali berta “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yg lbh kuat dari pada besi?” Allah yg Mahasuci menjawab “Ada yaitu api” (Besi bahkan baja bisa menjadi cair lumer dan mendidih setelah dibakar bara api).

Berta kembali para malaikat “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yg lbh kuat dari pada api?” Allah yg Mahaagung menjawab “Ada yaitu air” (Api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram oleh air).

“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yg lbh kuat dari air?” Kembali berta para malaikta.

Allah yg Mahatinggi dan Mahasempurna menjawab “Ada yaitu angin” (Air di samudera luas akan serta merta terangkat bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yg dahsyat tersimbah dan menghempas karang atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yg tengah berlayar tiada lain krn dahsyat kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yg teramat dahsyat).

Akhir para malaikat pun berta lagi “Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yg lebih dari semua itu?” Allah yg Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab “Ada yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dgn tangan kanan sementara tangan kiri tak mengetahuinya.” Arti orang yg paling hebat paling kuat dan paling dahsyat adalah orang yg bersedekah tetapi tetap mampu menguasai diri sehingga sedekah yg dilakukan bersih tulus dan ikhlas tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan utk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yg ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yg bersedekah tetapi tetap dalam kondisi ikhlas. Karena naluri dasar kita sebenar selalu rindu akan pujian penghormatan penghargaan ucapan terima kasih dan sebagainya. Kita pun selalu tergelitik utk memamerkan segala apa yg ada pada diri kita ataupun segala apa yg bisa kita lakukan. Apalagi kalau yg ada pada diri kita atau yg tengah kita lakukan itu berupa kebaikan.

Karena tak usah heran seorang hamba yg bersedekah dgn ikhlas adl orang-orang yg mempunyai kekuatan dahsyat. Sungguh ia tak akan kalah oleh aneka macam selera rendah yaitu rindu pujian dan penghargaan.

Apalagi kedahsyatan seorang hamba yg bersedekah dgn ikhlas? Pada suatu hari datang kepada seorang ulama dua orang akhwat yg mengaku baru kembali dari kampung halaman di kawasan Jawa Tengah. Kedua kemudian bercerita mengenai sebuah kejadian luar biasa yg dialami ketika pulang kampung dgn naik bis antar kota beberapa hari sebelumnya. Di tengah perjalanan bis yg ditumpangi terkena musibah bertabrakan dgn dahsyatnya. Seluruh penumpang mengalami luka berat. Bahkan para penumpang yg duduk di kurs-kursi di dekat meninggal seketika dengan bersimbah darah. Dari seluruh penumpang tersebut hanya dua orang yg selamat bahkan tak terluka sedikit pun. Mereka itu ya kedua akhwat itulah. Kedua mengisahkan kejadian tersebut dgn menangis tersedu-sedu penuh syukur.

Mengapa mereka ditakdirkan Allah selamat tak kurang suatu apa? Menurut pengakuan kedua ada dua amalan yg dikerjakan kedua ketika itu yakni ketika hendak berangkat mereka sempat bersedekah terlebih dahulu dan selama dalam perjalanan selalu melafazkan zikir.

Sahabat tidaklah kita ragukan lagi bahwa inilah sebagian dari fadhilah bersedekah. Allah pasti menurunkan balasan disaat-saat sangat dibutuhkan dgn jalan yang tak pernah disangka-sangka.

Allah Azza wa Jalla adalah Zat yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hamba-Nya. Bahkan kepada kita yg pada hampir tiap desah nafas selalu membangkang terhadap perintah-Nya pada hampir tiap gerak-gerik kita tercermin amalan yg dilarang-Nya toh Dia tetap saja mengucurkan rahmat-Nya yg tiada terkira.

Segala amalan yg kita perbuat amal baik ataupun amal buruk semua akan terpulang kepada kita. Demikian juga jika kita berbicara soal harta yg kini ada dalam genggaman kita dan kerapkali membuat kita lalai dan alpa. Demi Allah semua ini datang dari Allah yg Maha Pemberi Rizki dan Mahakaya. Dititipkan-Nya kepada kita tiada lain supaya kita bisa beramal dan bersedekah dgn sepenuh ke-ikhlas-an semata-mata krn Allah. Kemudian pastilah kita akan mendapatkan balasan pahala dari pada-Nya baik ketika di dunia ini maupun saat menghadap-Nya kelak.

Dari pengalaman kongkrit kedua akhwat ataupun kutipan hadits seperti diuraikan di atas dgn penuh kayakinan kita dapat menangkap bukti yg dijanjikan Allah SWT dan Rasul-Nya bahwa sekecil apapun harta yg disedekahkan dgn ikhlas niscaya akan tampak betapa dahsyat balasan dari-Nya.

Inilah barangkali kenapa Rasulullah menyerukan kepada para sahabat yg tengah bersiap pergi menuju medan perang Tabuk agar mengeluarkan infaq dan sedekah. Apalagi pada saat itu Allah menurunkan ayat tentang sedekah kepada Rasulullah SAW “Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan harta di jalan Allah adl seupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir pada tiap-tiap bulir; seratus biji Allah melipatgandakan bagi siapa yg Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui” demikian firman-Nya .

Seruan Rasulullah itu disambut seketika oleh Abdurrahman bin Auf dgn menyerahkan empat ribu dirham seraya berkata “Ya Rasulullah. Harta milikku hanya delapan ribu dirham. Empat ribu dirham aku tahan utk diri dan keluargaku sedangkan empat ribu dirham lagi aku serahkan di jalan Allah.” “Allah memberkahi apa yg engkau tahan dan apa yg engkau berikan” jawab Rasulullah.

Kemudian datang sahabat lain Usman bin Affan. “Ya Rasulullah. Saya akan melengkapi peralatan dan pakaian bagi mereka yg belum mempunyainya” ujarnya.

Adapun Ali bin Abi Thalib ketika itu hanya memiliki empat dirham. Ia pun segera menyedekahkan satu dirham waktu malam satu dirham saat siang hari satu dirham secara terang-terangan dan satu dirham lagi secara diam-diam.

Mengapa para sahabat begitu antusias dan spontan menyambut seruan Rasulullah tersebut?
Ini tiada lain krn yakin akan balasan yg berlipat ganda sebagaimana telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. Medan perang adl medan pertaruhan antara hidup dan mati. Kendati begitu para sahabat tak ada yg mendambakan mati syahid di medan perang krn mereka yakin apapun yg terjadi pasti akan sangat menguntungkan mereka. Sekira gugur di tangan musuh surga Jannatu na’im telah siap menanti para hamba Allah yg selalu siap berjihad fii sabilillaah. Sedangkan andaikata selamat dapat kembali kepada keluarga pun pastilah dgn membawa kemenangan bagi Islam agama yg haq!

Lalu apa kaitan dengan memenuhi seruan utk bersedekah? Sedekah adl penolak bala penyubur pahala dan pelipat ganda rizki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir yg pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Arti Allah yg Mahakaya akan membalas hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah! Sahabat betapa dahsyat sedekah yg dikeluarkan di jalan Allah yg disertai dgn hati ikhlas sampai-sampai Allah sendiri membuat perbandingan sebagaimana tersurat dalam sebuah hadits yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik seperti yg dikemukakan di awal tulisan ini.**

sumber : file chm bundel Tausyiah Manajemen Qolbu Aa Gym



infaq utk suraukms@saham akhirat:

name: salbani abdul rahman
(wakil auckland)
acc no: 01-0236-0104770-00
reference: infaqkms


utk lebih lanjut klik sini: